BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 5 July 2011

Masa Depan Pelaburan Logam Perak

Masa Depan Pelaburan Logam Perak

Baru-baru ini pelaburan perak menjadi sebutan berikutan harga perak yang naik mendadak melampaui kenaikan emas itu sendiri. Jika ramai mengatakan simpan emas boleh untung sehingga 20% setahun, perak pula dengan cemerlang harga meningkat sehingga 100%.
 Pada 8 April 2011, harga perak telah memecahkan rekod iaitu telah melepasi sasaran USD 40.  Adalah dijangkakan harga perak akan melepasi USD 50 – USD 60 pada tahun ini. Secara ringkasnya harga dirham KGT telah meningkat sebanyak 35% dalam jangka waktu tidak sampai 4 bulan.

HARGA DIRHAM KGT



Disember 2010
9-Apr-11
% kenaikan
1 DIRHAM
20
27
0.35




2 DIRHAM
40
54
0.35





Perak merupakan satu simpanan yang perlu kita ada.  Ratio perak dengan emas semakin mengecil.  Analisis menunjukkan kenaikan harga perak adalah lebih tinggi berbanding dengan emas. Adalah lebih tepat untuk membandingkan kenaikan perak dan emas dalam nilaian RM kerana kita membeli emas dan perak dalam nilaian matawang RM.  Perlu difahami juga wujudnya faktor kadar tukaran matawang RM dengan USD.  Sejak akhir-akhir ini nilai RM semakin mengukuh berbanding dengan matawang USD. 


Cuba anda bandingkan % kenaikan harga perak dan emas bagi setiap tempoh.  Nampaknya % kenaikan harga perak jauh memecut meninggalkan % kenaikan harga dalam emas. Selepas tsunami melanda Jepun, permintaan perak meningkat kerana perak digunakan dalam perindustrian.  Disamping itu ketidaktentuan ekonomi dunia akibat sengketa di Timur Tengah dan juga kedudukan kewangan beberapa negara Eropah yang agak teruk terus memacu kenaikan harga komoditi emas dan perak. 

Anda pembeli dan penyimpan yang bijak???? Apa tunggu lagi….beli dan simpan perak hari ini.  Ada banyak jenis simpanan perak yang anda boleh pilih sama ada jongkong perak, Dirham (lebih kepada muamalat), syiling perak dan perak mentah yang belum diproses  (raw silver).


0 comments: