BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday 18 July 2011

Kebaikan

Kebaikan
·         perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
·         Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
·         Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
·         Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan perak. Selain itu, perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
·         Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk perak adalah kaedah terbaik dan terunggul.
·         Nilai perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
·         Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan ‘janji untuk membayar hutang’. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
·         Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
·         Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
·         Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

0 comments: