BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday 25 July 2011

SELAMAT DATANG KE Blog alize ze Silver


APA kajian yang dilakukan


- Kajian yang dilakukkan ialah mengenai logam perak (silver). Ini kerana ramai masyarakat sekrang tidak mengetahui kelebihan nilai logam perak.


KENAPA kajian dilakukan


- Kajian dilakukan untuk mengetahui masa depan perlaburan logam perak. Selain itu, membuka minda semua masyarakat tentang kepentingan logam perak.
- Mengetahui permintaan logam perak untuk kegunaan industri.


BAGAIMANA ia dilaksanakan


- kajian ini dilaksanakan melalui pembacaan seperti majalah, internet, surat khabar dan media massa. Selain itu, dibincangkan bersama pensyarah.


APA yang diperolehi


- Daripada kajian yg dibuat dapat diketahui dirham perak ialah the real money of islam. Dari zaman bermula berkembangnya agama islam,dinar emas dan perak telah dijadikan matawang.
- Selain itu dapat memperkuatkan lagi keyakinan terhadap logam perak.
- Logam perak juga, mempunyai nilai ekonomi yang sangat tinggi dan berkualiti.


BAGAIMANA ia memberi makna


- Merupakan satu wadah perlindungan terhadap insflasi dan ketidaktentuan ekonomi. Logam perak juga, tidak mengenal inflasi, sebagao nilai yang sangat stabil.
- Dalam jangka panjang nilai logam perak akan meningkat.
- Di samping itu, dalam jangka panjang, menabung dan bertransaksi dengan dirham perak akan lebih menguntungkan dibandingkan dengan menabung dan bertransaksi dalam dinar emas.

Tuesday 19 July 2011

Perkakasan Dan Perisian Yang Digunakan Dalam e-dagang Silver

Senarai Perkakasan Dan Perisian Yang Digunakan Dalam e-dagang Silver

Perkakasan

  • Laptop Lenovo
  • Wifi Streamyx
  • Handphone 
  • Atm - Muamalat
Perisian
  • Window 7
  • MQL4

Monday 18 July 2011

Contoh Dirham

Contoh Dirham








Kebaikan

Kebaikan
·         perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
·         Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
·         Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
·         Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan perak. Selain itu, perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
·         Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk perak adalah kaedah terbaik dan terunggul.
·         Nilai perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
·         Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan ‘janji untuk membayar hutang’. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
·         Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
·         Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
·         Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

Dalam Al-Quran dan Hadis

Dalam Al Quran dan Hadis
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :
“Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya”. (Surah Ali Imran : 75)
“Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja…” (Surah Yusuf:20)
Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.” (Hadis)

Tuesday 5 July 2011

Permintaan Logam Perak Untuk Kegunaan Industri

Permintaan Logam Perak Untuk Kegunaan Industri 

Permintaan terhadap logam berharga ini semakin bertambah kerana nilainya yang tinggi untuk kegunaan industri mahupun perhiasan selain daripada menjadi simpanan. Harga platinum menjangkau dua kali harga emas, manakala harga palladium adalah separuh dari harga emas. Perak merupakan logam berharga yang paling murah dengan harga 1/49 dari harga emas.

Antara kegunaan logam perak di dalam industri ialah :


- Diguanakan untuk perkakasan dan peralan perubatan.
- Penggunaan logam perak dalam pembungkusan barangan.
- Perak sterling digunakan dalam barangan perhiasan seperti rantai dan cincin.
- selain itu, sebagai campuran logam penganti gigi,solder, tempat elektri dan bateri.
- Ia jiga digunakan dalam barangan elektrik dan elektronik. 

Masa Depan Pelaburan Logam Perak

Masa Depan Pelaburan Logam Perak

Baru-baru ini pelaburan perak menjadi sebutan berikutan harga perak yang naik mendadak melampaui kenaikan emas itu sendiri. Jika ramai mengatakan simpan emas boleh untung sehingga 20% setahun, perak pula dengan cemerlang harga meningkat sehingga 100%.
 Pada 8 April 2011, harga perak telah memecahkan rekod iaitu telah melepasi sasaran USD 40.  Adalah dijangkakan harga perak akan melepasi USD 50 – USD 60 pada tahun ini. Secara ringkasnya harga dirham KGT telah meningkat sebanyak 35% dalam jangka waktu tidak sampai 4 bulan.

HARGA DIRHAM KGT



Disember 2010
9-Apr-11
% kenaikan
1 DIRHAM
20
27
0.35




2 DIRHAM
40
54
0.35





Perak merupakan satu simpanan yang perlu kita ada.  Ratio perak dengan emas semakin mengecil.  Analisis menunjukkan kenaikan harga perak adalah lebih tinggi berbanding dengan emas. Adalah lebih tepat untuk membandingkan kenaikan perak dan emas dalam nilaian RM kerana kita membeli emas dan perak dalam nilaian matawang RM.  Perlu difahami juga wujudnya faktor kadar tukaran matawang RM dengan USD.  Sejak akhir-akhir ini nilai RM semakin mengukuh berbanding dengan matawang USD. 


Cuba anda bandingkan % kenaikan harga perak dan emas bagi setiap tempoh.  Nampaknya % kenaikan harga perak jauh memecut meninggalkan % kenaikan harga dalam emas. Selepas tsunami melanda Jepun, permintaan perak meningkat kerana perak digunakan dalam perindustrian.  Disamping itu ketidaktentuan ekonomi dunia akibat sengketa di Timur Tengah dan juga kedudukan kewangan beberapa negara Eropah yang agak teruk terus memacu kenaikan harga komoditi emas dan perak. 

Anda pembeli dan penyimpan yang bijak???? Apa tunggu lagi….beli dan simpan perak hari ini.  Ada banyak jenis simpanan perak yang anda boleh pilih sama ada jongkong perak, Dirham (lebih kepada muamalat), syiling perak dan perak mentah yang belum diproses  (raw silver).


Takrifan Logam Perak

Takrifan Logam Perak

Perak atau argentum (daripada bahasa Latin Argentum, daripada Bahasa Yunani ἀργήντος - argēntos) ialah sejenis logam kimia keunsuran yang mempunyai simbol Ag dan nombor atom 47. Perak berwarna putih berkilau dan adalah sejenis logam peralihan.
Kekonduksian (keberaliran) elektrik logam perak adalah yang paling tinggi bagi kesemua unsur manakala kekonduksian haba logam perak adalah yang paling tinggi bagi logam-logam. Perak wujud dalam semula jadi dalam bentuk tulen (perak asli), namun boleh juga diperolehi dalam bentuk aloi dengan emas (elektrum) atau dalam banyak jenis mineral (sebagai contoh argentit dan klorargirit). Logam perak kebanyakannya diperoleh daripada hasil sampingan perlombongan tembaga, emas, plumbum dan zink.
Logam ini telah diketahui semenjak zaman dahulu kala lagi dan memang telah lama dianggap sebagai logam berharga. Perak digunakan untuk menghasilkan bahan perhiasan, barang kemas, peralatan dan perkakas dapur yang bernilai tinggi dan duit syiling. Pada masa kini, logam perak digunakan untuk menghasilkan konduktor (pengalir) elektrik dan penyambung elektrik. Logam ini juga digunakan dalam pembuatan cermin dan dalam pemangkinan tindak balas kimia. Sebatian perak pula digunakan dalam filem fotografi. Larutan cair argentum nitrat dan sebatian-sebatian perak yang lain digunakan untuk menghasilkan bahan nyakjangkit. Walaupun penggunaan antimikrob ini telah kebanyakannya digantikan oleh penggunaan antibiotik, kajian lanjut masih dilaksanakan untuk mengkaji potensinya dalam bidang klinikal